Friday, July 22, 2011

Kisah (ketinggalan) bas


Bas itu


Pada satu pagi yang sejuk, pada musim sejuk, angin selatan aka southerlies (angin dari kutub selatan agaknya) bertiup, kadang-kadang kencang. Aku dan temanku menunggu bas selepas penat bekerja. Ingin mengejar waktu untuk ke uni kerana temanku kuliah, aku tutorial.

Dan ditetapkan Allah kami ketinggalan menaiki bas. Perasaan: sedih, tak terkata. tak tau nak cakap apa. Dlm hati ckp, Allah nak ajar something ni. Kelas akan bermula juga, tanpa ada aku.

Kami menunggu bas seterusnya, 30 minit. Beku. Tapi tidak terasa kerana kami berkongsi cerita. Kisah-kisah sahabat Rasulullah saw menjadi teman.

Bas tiba, naik dan duduk dalam bas, temanku menegur.

Teman: Kau dah muhasabah tak kenapa kau hampir tertinggal bas pagi tadi? (sebelum pergi kerja pun aku hampir ketinggalan bas)

Aku: x pulak

Teman: Aku rasa kan Allah nak ajar kita, tak perlu sedih kot dgn benda2 kecik mcm ni. Sekadar tinggal bas, banyak lagi perkara yg perlu kita tangiskan.

Aku: (Dlm hati: T__T) If ko x ada td, aku dah lama nangis dah. Serius. Hu hu.

Tamat~

47:31; Dan sesungguhnya, Kami benar-benar akn menguji kamu sehingga Kami mengetahui org yg benar-benar berjihad dan org yg bersabar di antara kamu; dan akan Kami uji perihal kamu.

Kuat insyaAllah. ;-)

Thursday, May 26, 2011

Wordless Wednesday



it should be wordless, but there are words on the pictures. :) reminder for me and others too.

Tuesday, May 10, 2011

rumah kita

There was a major leaking inside our flat, especially in our bedroom. So, we have to move out Alhamdullillah, the sweet sisters of Wellington help us by giving us place to sleep for a few days. :-)


The sweet of ukhuwah. =)

Jazakillahkukhairan dear sisters. For the help and to other sisters too who kindly offer us to stay at their home.

Hadis 13 (as a reminder for me and u too.)

"Daripada Abu Hamzah Anas Bin Malik r.a. pembantu Rasulullah s.a.w. katanya ; Berkata Rasulullah s.a.w. : " Tidak beriman seseorang kamu sehinggalah dia mengasihi untuk saudaranya apa yang dia kasih untuk dirinya sendiri ".

<3

Saturday, April 30, 2011

Own reflection-menjadi manusia

Mendengar daripada seseorang tentang perbezaan manusia dengan haiwan.

Melihat kembali diri ini, tertanya-tanya adakah setiap hari aku hidup hanya untuk diri sendiri? Melihat pada perbuatan, majoriti masa sehari-hari memang peruntukkan untuk diri sendiri.

Hidup hanya untuk diri sendiri? Apa beza kita dengan haiwan jika hanya hidup untuk diri sendiri?

Bila seseorang itu hidup, bermanfaat untuk org lain, dia mula menjadi manusia.

Al-'Asr
1.Demi masa.
2.Sesungguhnya manusia dalam kerugian.
3.Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.

Sunday, April 17, 2011

Earthquake at NZ

Salam, rasanya tak terlambat lagi nak ceritakan tentang gempa bumi yang melanda NZ tempoh hari. First time merasa kejadian gempa bumi di bumi Wellington ni. 22 Febuari 2011 gempa bumi yang besar di Christchurch. Aku baru menjejakkan kaki di Wellington dari Malaysia 21 Febuari 2011. Beberapa hari lepas tu, ada aftershock (gempa susulan) di Welly. Tahun 2010 juga berlaku gempa bumi di NZ tapi aku tak rasa sebab aku sedang tidur dengan lenanya.

Masa gempa di Welly tu, aku ingat lagi, aku dan housemate semua sedang makan malam bersama. Tiba-tiba ada gegaran kuat selama beberapa saat. Pintu rumah memang bergegar kuat, ingatkan ada orang yg tgh ketuk pintu, tak tau pun yg tu adalah gempa bumi. Bila tgk TV, baru sedar gempa bumi baru melanda bandar Wellington. Alhamdullillah, kami selamat. Bila pertama kali rasa gempa tu, kami satu rumah rasa takut nak tidur dlm bilik. Jadi kami serumah 4 org tidur di ruang tamu. Aku tak pamerkan sangat rasa takut sebab taknak housemate semua resah. Tapi, dalam hati, Allah je yang tahu.

Malam tu, memang rasa takut dan aku dan housemate yang lain baca apa yang patut. Waktu tu rasa kebergantungan kepada Allah tu sangat kuat. Bila susah, baru nak cari Allah. Reflek diri sendiri. Masa ni baru nk doa betul-betul. Masa ni la fikir macam-macam. Masa ni jugak fikir cukup ke bekalan aku untuk dunia akhirat nanti. Perasaan tu tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata. Perasaan menghampiri kematian, walaupun kematian tu bila-bila boleh jadi.

Alhamdullillah aku masih bernafas lagi hari ni. Peluang untuk aku perbaiki diri masih ada. Malaysian Hall pun adakan solat hajat dan slot persediaan mengahadapi bencana. So, tahu jugak apa yang perlu dilakukan jika gempa bumi berlaku lagi. Dan tak lupa doa mohon perlindungan Allah dari AQ, surah Al-Baqarah ayat 284-286.

Dari Abu Mas'ud Al-Anshari r.a, katanya Rasulullah saw bersabda:"
Siapa yang membaca kedua ayat itu, yakni dari akhir surah Al-Baqarah, niscaya keduanya akan memeliharanya dari bencana."(Riwayat Hadis Imam Muslim)

Read more: http://www.resepirahsiaku.com/2011/03/surah-al-baqarah-ayat-284-286.html#ixzz1JlGvLvow

16 April 2011, gempa bumi berskala 5.3 berlaku lagi di Christchurch dan gempa bumi yang lebih kurang sama skalanya berlaku di 4 buah negara iaitu Taiwan, Jepun, NZ dan Australia. Makin kerap gempa bumi berlaku sekarang ni. Jadi, aku perlulah bersedia. InsyaAllah, semua selamat. :)


Nota tambahan: Sekarang cuti easter, sibuk ke sana sini mengisi hati. InsyaAllah, Allah permudahkan. :)




Salah satu bangunan yang mengalami kerosakan selepas
gempa bumi di Christchurch 2011

Monday, April 11, 2011

Keseimbangan itu

Yang akhirat terlebih akhiratnya.
Yang dunia terlebih dunianya.
Sedangkan Islam, mengajar kita akan tawazun (keseimbangan) dalam kedua-duanya. Maka jadilah ummat Islam itu, satu ummat yang bukan bodoh, yang apabila ditekan-tekan jahiliyyah, lalu redha dan hanya tahu menyatakan: "Nanti di akhirat, Allah akan balas kamu" (from page hilal ...asyraf) -quote from FB friend, Munal
Berkali-kali mengingatkan diri bahawa dunia itu sangatlah sedikit nilainya berbanding akhirat yang kekal abadi. Tetapi aku manusia yang seringkali terlupa dan seringkali melebih-lebihkan dunia. Contohnya, seperti masa yang aku peruntukkan untuk membuat tugasan-tugasan universiti sangatlah banyak berbanding tugasan aku untuk akhirat nanti.

Yang dunia terlebih dunianya.
Usaha perbaiki diri lagi. Iltizam itu penting. :)

Saturday, February 19, 2011

Article I found on FB

Assalamualaikum W.B.T.

It's been almost 3 months since I last update anything in my blog. Time really flies fast enough. I will be going back to Wellington tomorrow and hopefully everything will be fine insyaAllah.

Before I go back, I want to share an article I found on the FB page (Muslims in New Zealand page) recently. It is about death that is very near to us. So, "happy" reading.


Seize the Day, Tomorrow is not Yours
Sumayyah bint Joan
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Upon hearing about the death of a fellow Muslim, it suddenly struck me how
very fleeting life is, and that I was only a twinkling of an eye away from
where he is now.

Death is the reality from which none of us can escape. It draws nearer every
day, every hour, every minute. So I had to ask myself, if I were to die
today, would I have done all that I could to ensure Allah's Favor, and to
evade His Wrath? Unfortunately for me, the answer was a resounding NOOO.

At the end of the day, I ask myself, what good have I sent ahead for the
benefit of my soul? And again, the answers usually, very little. Time, it
seems, is moving by so quickly. It seems just like yesterday that we started
the "New Year," yet we're already almost a third of the way through it. A
month seems like a week, a week seems like an hour and an hour feels like
just minutes. This is why I've resolved to try my utmost, with the aid of
Allah to take advantage of every opportunity to do good deeds, and not to put
off until later, what I can do now. Death is coming, are you ready?

Allah says, "Every soul shall have a taste of death, and only on the Day of
Judgement shall you be paid your full recompense. Only those who are saved
far from the Fire, and admitted to the Garden will have succeeded. For the
life of this world is but goods and chattels of deception." [3:185]

It is so easy for us to get caught up in the comings and goings of our
everyday lives, that we tend to forget that we don't have forever in this
worldly life, and get distracted away from our true aim and purpose. We tend
to forget that we are here to worship Allah and to avail ourselves of the
various opportunities He gives us to store up for ourselves treasures in
Heaven. For He, subhanahu wa taala, also says,

"O you who believe! Revere Allah, and let every person look to what he has
sent forth for the morrow; and revere Allah. Allah is well Aware of what you
do. And be not like those who forgot (disobeyed) Allah, and He caused them to
forget themselves. Those are the disobedient. Not equal are the dwellers of
the Fire and the dwellers of Jannah. It is the dwellers of Jannah who will be
successful." [59:18-20]

He also tells us that we do not know the hour of our own deaths, or in what
land we will die. But He through His unending Mercy toward us, has given us
ways to prepare for the inevitable now, because once we've passed from this
life to the next, there is no coming back to do the things we should have
done. For Allah says,

"Until death comes to one of them, he says, 'My Lord, send me back. Perhaps I
may do good in that which I have left behind.' No, it is but a word that he
speaks, and behind them is a barzakh until the day when they are raised up."
[23:99-100]

Allah has given us ways to protect ourselves from the punishment of the
grave. One of these ways is by fighting in the Cause of Allah. It is reported
that a man asked the Prophet, sallallahu alayhe wa sallam, "O Messenger of
Allah, why are all the believers tested in the graves except a martyr?" He,
sallallahu alayhe wa sallam, said, "The flashing of swords over his head was
a sufficient test for him." (An-Nasai)

This may be difficult for most of us to do in this day and age, but Allah has
provided us with many other ways to earn ease in the next life. These include
reciting Surat ul-Mulk, because the Prophet, sallallahu alayhe wa sallam,
said, "Surat Tabarak is the protector from the torment of the grave."
(Al-Hakim) He, sallallahu alayhe wa sallam, also said, "When a human being
dies, all of his deeds are terminated except for three types: an ongoing
sadaqh, a knowledge of Islam from which others benefit, and a righteous child
who makes du'a for him." (Muslim)

Another way to earn a continuing reward is by reviving a lost Sunnah of the
Prophet, sallallahu alayhe wa sallam. He, sallallahu alayhe wa sallam, said,
"He who initiates in Islam a good way gets his reward for it, as well as
rewards similar to those who follow him into it, without reducing any of
their rewards." (Muslim) For those of us who know of fellow Muslims who have
already begun their journey, or who are about to enter, into the next life,
there are things we can do to make the transition easier, insha'Allah. These
include performing the Janazah prayer for the deceased, fulfilling the
deceased's vows, payment of the deceased's debts and the supplications of the
Muslims.

This life is fleeting. Death is coming. Let us get ready.

Tuesday, November 9, 2010

Bersugi, Gosok gigi



Memandangkan aku belum dapat kerja lagi cuti ni, kadang-kadang aku dengan mak akan pergi masjid untuk maghrib dan isyak. Tengok keadaan jugak, kalau budak-budak yang mak aku jaga balik awal, bolehlah kita orang pergi masjid. Masa sebelum tunggu waktu isyak tu, adalah perkongsian sikit daripada ustadz yang terpilih hari tu. Hari tu, ustadz tu cerita tentang bersugi atau bersiwak.

Macam-macam kelebihan bersugi (gosok gigi) ni rupanya. Antaranya dapat menambahkan akal, mencerahkan mata, melambatkan tumbuh uban dan macam-macam lagi. Dalam satu hadis yang aku dengar haritu jugak, "Dua rakaat sembahyang dengan bersugi itu lebih baik pahalanya daripada tujuh puluh rakaat sembahyang
dengan tidak bersugi "
( Riwayat Muslim )

Berganda-ganda pahala kalau bersugi sebelum solat ni rupanya. Subhanallah. Lepas ni kena bawak berus dan ubat gigi kemana-mana yang aku nak pergi. Senang nak gosok gigi. Teringat pulak dulu-dulu masa sekolah rendah, cikgu suruh bawak berus gigi dan ada jururawat ajar macam mana nak gosok gigi. Kenangan masa kecik-kecik. Jururawat tu akan buat demo dekat replika gigi palsu yang besar kat kita orang pakai berus gigi gergasi. Sekarang ni ada buat lagi ke tak kat sekolah-sekolah demo gosok gigi ni. Mungkin dah tak ada sebab budak-budak sekarang dah pandai-pandai semuanya.

Jadi, jangan lupa gosok gigi selalu. :)

Monday, October 25, 2010

Pulang



Last day of class (15/10)
Hari terakhir kelas, Jumaat (15/10) ada linguistics test. Mana soalan yang tak tahu tu, aku agak-agak jawapannya (hentam sebenarnya) walaupun kalau salah kena tolak markah. Lepas tu, aku balik rumah sebab ada inspection bilik sebab aku dah nak balik Malaysia. Masa inspection, aku terlupa nak lap microwave, jadi kena tolak markah sikit. Malam terakhir bersama housemates (rindu korang) dan tahun depan dah tak jadi housemates dah sebab akan duduk rumah lain. Takpe, tahun depan, InsyaAllah kita jumpa kat uni. Selamat menjawab exam nanti ye Dee, Iznie, Iz, Iffah dan semua. Halalkan mkn minum org dan maafkanlah salah silap org selama kita duduk serumah.

Marae visit (16/10)
Flight balik hari Ahad, tapi hari Sabtu aku kena pergi Marae (rumah-perkampungan orang Maori) dan tidur satu malam di situ untuk farewell senior-senior IPBA yang akan balik akhir tahun ni. Jadi, aku kena angkut beg 20kg+ yang nak bawak balik Malaysia ke Marae sekali sebab hari Ahad terus pergi airport. Pengalaman duduk di Marae tu menarik la jugak, dengar kisah-kisah tentang tradisi orang Maori, belajar lagu Maori, makan makanan Maori, main game “Murderer” yang aku tak pernah main, belajar “weaving” dan yang paling best, meluangkan masa dengan semua yang ada. Kita makan sama-sama, kemas dapur sama-sama, gurau sama-sama. Semua detik-detik tu aku hargai sangat. Alhamdullillah. 

Airport (17/10)
Lepas makan tengah hari di Marae, kita org naik teksi ke airport. Thanks to Maria (yang uruskan banyak program student TESL) yang memanggil teksi dan menyediakan kupon teksi. Jadi, jimatla jugak duit kita org yang dah tak berapa nak ada ni sebab kena uruskan rumah untuk tahun depan sebelum kita org balik. Masa nak check-in flight ke Melbourne, ada masalah sikit dengan visa. Walaupun ke Melbourne untuk transit sebelum ke KL, kita org kena buat visa. Masalah kat visa tu sebab nama kat tiket flight tak sama dengan nama kat visa. Perkataan “binti” tu aku rasa tak ada kat visa. Tapi, alhamdullillah, pegawai kat airport tu cepat-cepat buat call untuk sahkan visa kita org. Sampai Melbourne lepas 4 jam dari Wellington, dah 5.30pm. Masa dalam flight tadi, sempat tengok 2 movies (Toys Story 3 & The Blind Side). Sampai Melbourne, kita org cepat-cepat ke surau untu solat dan kita org terjumpa pasangan suami isteri dari Malaysia yang sama flight dengan kita org. Dia org baru balik bercuti dan dah nak balik. Sempatla dia org tunjuk gambar-gambar dia org bercuti kat Aussie. Comel-comel gambar penguin dengan kangaroo kat Aussie tu. Lepas tu sebelum flight Air Asia pukul 1 pagi, sempat jugak kita org jalan-jalan sekitar airport. Masa flight berlepas, aku pun tak sedar pukul berapa sebab dah terlelap. Masa dalam flight, aku tak pre-order makanan, jadi aku beli masa dalam flight. Nasi lemak dengan rendang ayam, RM24. Jadi, pengajaran kat situ, kalau nak makan atas flight, buat pre-order, murah sikit. Tapi, nasi lemak Pak Hassan tu sedap je. Jadi, berbaloi lah jugak.
Kuala Lumpur (18/10)
Alhamdullillah sampai LCCT pukul 7.30 pagi lebih kurang. Keluar je, abang sulung aku pun dah sampai. Terus balik rumah. Sorry, Fareen. Tak sempat nak teman tunggu bas sama-sama. Masa on the way balik, jalan agk jam, jadi singgah KFC kejap. Jadi, lepas jugak rindu nak makan KFC. Dah seminggu duduk rumah, makan, makan dan makan. Malaysia ni memang syurga makanan. Macam-macam makanan ada. Murah rezeki dengan makanan. Dulu kat Welly, setiap hari kita org masak. Lepas tu, nak pergi uni, kena panjat bukit. Pergi keje pun, jalan kaki sikit. Jadi, makan tu biasa-biasa je. Selalu menu sama. Tapi, housemates aku sume pandai masak. Takdela rasa rindu sangat makanan kat rumah. Selalu duduk rumah je cuti ni. Mungkin aku keje temporary, bolehla tolong perbelanjaan keluarga. Lgpun, ayah sakit. Duduk rumah je. Sekarang tengah tunggu keputusan HR bank yang aku apply nak jadi temporary clerk. Ada rezeki, insyaAllah, dapat kerja tu. Jadi, ni mungkin entri terakhir tahun ni sebab aku memang on9 kat cc. Kat rumah on9 kat hp adik je. Jadi, sekarang nak habiskan masa duduk di rumah betul-betul. Kalau aku on9 pun, aku akan blogwalking cepat-cepat sebab limit aku kat cc ni sejam jer. Jadi, blogku, sorry yer. Tak boleh bukak selalu. Kita jumpe lagi tahun depan. 

*All the best untuk students kat Welly yang akan ambil exam nanti. Selamat pulang untuk cuti summer ni. Jalan elok-elok.
*Satu lagi, Iznie, kalau dah abis exam tu bolehla masak sedap-sedap kat Dee. He he.. 




Tuesday, October 12, 2010

Selamat malam..

6: 60
"Dan Dialah yang menidurkan kamu pada malam hari dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang hari. Kemudian, Dia membangunkan kamu pada siang hari untuk disempurnakan umurmu yang telah ditetapkan. Kemudian kepada-Nya tempat kamu kembali, lalu Dia memberitahukan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan."

28: 72
"Katakanlah (Muhammad) "Bagaimana pendapatmu, jika Allah menjadikan untukmu siang itu terus-menerus sampai hari kiamat. Siapakah tuhan selain Allah yang akan mendatangkan malam kepadamu sebagai waktu istirehatmu? Apakah kamu tidak memperhatikan?"

39: 42
"Allah memegang nyawa (seseorang) pada saat kematiannya dan nyawa (seseorang) yang belum mati ketika dia tidur; maka Dia tahan nyawa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia lepaskan nyawa yang lain sampai waktu yang ditentukan. Sungguh, pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran) Allah bagi kaum yang berfikir."

Sungguh aturan Allah semua sangat indah kan? :) Subhanallah, Alhamdullillah, Allahuakbar

Selamat malam. Moga Allah permudahkan urusan kita semua pada hari-hari yang mendatang jika masih diberi kesempatan untuk bernafas lagi esok hari. Amin.. :)

Saturday, September 18, 2010

Musim bunga..









Musim sejuk dah berlalu, musim bunga pula menjelma. :)
Housemate2 sume pegi sakura festival di palmy (dlm 1 jam lebih perjalanan), aku x dpt nk ikut sbb demam selsema, kalau ikut, nanti membiak lagi virus2 ni kat org lain. So, duduk umah, mkn ubat, tido. Tapi, teringin jgk nk jln2. So, aku bercadang la nk pergi botanical garden sbb tu yg paling dekat dengan rumah (dlm 15 min jln kaki). Seperti biasa, menjadi lone ranger, sbb yg lain2 pun ada hal masing2.

Masa pertengahan jln, nk ambil gambar, tgk2 tertinggal memory card dekat umah, so pakai kamera phone cap aym utk ambil gambar, so krg berkualiti sikit gambar2 ni. Bunga tulip mcm2 warna ada, tp rasanya byk lg yg belum kembang. Anyway, memang cantik bunga2 ni sume. Mcm2 warna ada. Subhanallah. :)









Nama pun lone ranger, so ambil gambar kasut pun jadilah. :)


Purple tulip

Parlimen NZ, masa on the way blk

Tuesday, September 14, 2010

Salam aidilfitri..

First time sambut raya di perantauan, tapi alhamdullillah, walaupun sambutan tak semeriah Malaysia, tapi, student2 sini ada buat open house semua. Walaupun Raya hari Jumaat, dan memang ada kelas hari Jumaat, tapi sempat solat sunat aidilfitri di High Commssion. Lepas solat, ade makan2, dan makanan yang disediakan semua sedap2, ada rendang, kuih-muih, kuah kacang. Kira terubat rindu nak makan masakan mak kat umah. :)

Raya hari Jumaat, housemate sume pun ade kelas, so, kat rumah, memang x msk. Tapi, open house student2 dah start, so memang murah rezeki dengan makanan raya ni. Thanks utk sume yg bersusah2 masak dan menjamu kami sume. Second day, umah kita org pulak buat open house, ramai jugak student2 yang dtg. Ingat x cukup makanan yg kami msk, tp last2, lebih dari cukup rupenya. So, ok la, layan2 tetamu yang dtg, smpai mlm. Sepatutnya, esk ade open house kat umah duta Malaysia di NZ ni, tp kena keje. So, xdpt pergi. Tapi, aku ok je, lgpun, maybe sbb dah biase kot keje time raya. Since, form 3, aku dah start keje time raya dulu2. So, x ralat sgt. Lgpun, arwah nenek datuk dua2 belah, dah xde (Al-fatihah). So, jarang blk kampung. Mak ayh dulu2 yg blk ziarah kubur sume. This year, mak x blk kg, sbb jg ayah kat hospital. So, raya kat hospital thn ni. Sedih memang sedih, tapi ade hikmahnya kn sume ni. So, kena kuat, sabar, dan selalu doakan utk family sume.

Cepat je Ramadan pergi meninggalkan kita. Rasa mcm x gunakan masa sehabisnya masa Ramadan. Still banyak kekurangan diri ni. InsyaAllah, harap berpeluang bertemu lagi Ramadan akan dtg.



Open house student2 kat Gilmer, siap ada lampu lip lap ketupat lg.

Wednesday, September 8, 2010

Masih lagi

Masih lagi memilih untuk berteduh di bawah pokok daripada taman-taman syurga yang kekal abadi.
Hmmmmmm....

Tuesday, August 17, 2010

Ujian

Jalan menuju Allah itu penuh liku dan penuh cabaran. Allah sendiri telah menyatakan dengan jelas,
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: "Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?"

(Ankabut: 2)

Wednesday, August 4, 2010

Happy birthday my dear sister, Yasmin..


Happy birthday my dearest sis,
Yasmin, the jasmine flower.

Happy birthday Yasmin dear,
I hope your day is full of cheer,
I pray that you will grow in Allah's love and grace,
and always keep your smile on your face,
Remember that Allah is always near,
So, there is never anything to fear,
So, once again Happy Birthday,
I hope you have a wonderful day, everyday.. ;)

P.S: Poem from google and edited by me..

Sunday, July 18, 2010

Rezeki tanpa disangka-sangka.

Dulu masa kecik-kecik, selalu berangan nak belajar kat luar negeri. Selalu jugak baca surat khabar part salam perantauan tu. Rasa bersemangat nak belajar sebab nak dapat result yang best, nak further study overseas. Tapi, aku bukanlah seorang pelajar yang selalu dapat result gempak.

UPSR dapat 5A, PMR 6A, SPM 4A. Lepas SPM, alhamdullillah dapat tawaran masuk matriks walaupun 2 tahun. Masa study di matriks Johor (KMJ), aku pun study la elok-elok, sebab masa SPM, aku tak usaha betul-betul sebab selalu study last minute. So, tak elok study saat-saat akhir ni. Memang tak sempat nak habiskan silibus sekolah terutama subjek Sejarah.

Masuk KMJ, final exam aku dapat pointer 3.58. Dan alhamdullillah, dapat tawaran masuk UKM untuk ambil Pendidikan Kimia untuk jadi guru Kimia lepas grad nanti. Mula-mula masuk UKM, memang pengalaman berharga, lagi-lagi aku masuk PALAPES. Penat memang penat, dengan latihan, study semua. So, memang berharga pengalaman belajar kat UKM tu.

Aku rasa sangat selesa belajar kat sana, lagipun dekat dengan rumah. Memang selalu balik.. :D
Tak lama lepas tu, dalam pertengahan sem, aku dapat panggilan MARA untuk interview sambung study luar negara wat TESL. Aku ingat lagi, masa pegawai MARA call, aku tengah tidur lepas balik kelas. Mamai-mamai aku jawab dan pegawai MARA tu pun pelik jugak sebab aku macam tak excited masa dia bg tau tentang tawaran tu.

Aku memang tak apply apa-apa tawaran drpd MARA seingat aku masa matriks dulu. Rupa-rupanya, aku dapat tau dia ambil list nama student-student yang tak dapat tawaran untuk jadi pensyarah matriks dulu untuk interview untuk Program Tindikan Luar Negara ni. Aku hampir menolak sebab dah rasa sangat selesa belajar kat UKM tapi atas nasihat mak yang cakap, just try je interview dulu. Lagipun peluang ni sangat la berharga.

Masa interview jugak, pegawai tu ada tanya aku nak ambil subjek sains or tesl. Walaupun aku ambil Kimia masa study kat UKM, aku cakap aku lebih prefer English. Pegawai tu pun agak pelik dengan jawapan aku. Dia siap tanya lagi sekali dan dia cakap dia memang boleh tukar ke program Sains. Tapi jawapan aku tetap sama. Aku pilih TESL. Ada sebabnya. Rahsia.. He he.

Dan tak lama lepas tu, alhamdullillah aku dapat offer tu. Rezeki yang tak disangka-sangka. Dengan result SPM aku dulu, aku memang agak sukar nak percaya aku dapat offer study kat Wellington, NZ ni. Bersyukur sangat-sangat kpd Allah SWT sebab masih bagi peluang untuk aku further studies kat negara orang although I'm not a straight A's student

So, now, I should work hard and smart to fulfill my responsibility to Allah SWT and my responsibility to study. InsyaAllah, I will make the most out of my study here and achieve something not just academically but also spiritually. Ameen.

"Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya dia akan mengadakannya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."
(Surah At-talaq: ayat 2-3)

Masa ski trip Vic Muslim (Kelab pelajar-pelajar Muslim uni) cuti semester 1



Monday, July 12, 2010

Happy birthday mak...

You know I love you.
Miss u much, may Allah bless you always.
Will love you till the end, insyaAllah.

Thanks for being a great mom, sorry for everything bad I've done.




P.S: I love you. I love you. I love you.

Sunday, July 4, 2010

Laskar Pelangi by Andrea Hirata



Novel Laskar Pelangi ni aku pinjam dari PTSL (Perpustakaan Tun Seri Lanang) masa semester 1 di UKM. Masa tu saje2 jalan di PTSL sebab nak cari novel nak baca, tetiba jumpa novel ni di Koleksi Asia Tenggara (KAT) PTSL. Terus pinjam sebab memang teringin nak baca. Memang sangat beruntung sebab novel2 yang aku ambil nak pinjam dari KAT PTSL tu semua tak boleh pinjam, novel ni je yang dapat. Terus baca dan karya dia memang sangat menarik sebab cerita dia memang daripada pengalaman penulis tu sendiri. Cerita tentang anak2 miskin di Belitong yang belajar di sekolah yang sangat kekurangan bahan dan guru. Ibu Muslimah sebagai seorang guru yang sangat berdedikasi, mengajar anak2 ni semua tanpa rasa penat atau jemu kerana semua orang tidak kira kaya atau miskin berhak mendapatkan pendidikan. Aku sangat terpegun melihat semangat yang ada pada guru ni. Tanpa bahan mengajar yang cukup, sekolah yang dhaif, dan pelbagai lagi rintangan, tapi semua tu tak melemahkan semangat dia untuk berbakti.

Aku baru je tengok movie Laskar Pelangi ni tadi. Teringat balik chapter2 yang ada dalam novel tu. Kata2 Ibu Muslimah dalam filem Laskar Pelangi yang agak menyentuh aku:

"Mimpi saya bukanlah untuk menjadi isteri saudagar kaya, tapi untuk menjadi seorang guru."

Dia sanggup menolak lamaran saudagar kaya kerana tidak ingin meninggalkan anak2 di sekolah tempat dia mengajar. Dia juga sanggup menolak tawaran mengajar di sekolah yang menjanjikan gaji yang tinggi. Kuat sungguh hati seorang guru ni, harap2 aku dapat jadi seorang guru yang berdedikasi terhadap tugas satu hari nanti. Amin.


Sekolah dalam filem Laskar Pelangi


Kata2 daripada Pak Harfan; " Hidup ini kena banyak2 memberi, bukannya banyak2 menerima."

Jadi, aku ni perlulah menanam semangat untuk memberi kepada golongan yang memerlukan, dan dalam konteks aku, bakal seorang guru, perlu menyampaikan ilmu yang bermanfaat kepada pelajar2 di MRSM nanti. Bak kata pepatah, "tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima." Aku perlu bersyukur dengan semua yang ada dan tidak boleh mengeluh dengan dugaan2 yang akan datang. Dulu sebelum aku menjejakkan kaki di bumi NZ ni, aku berkesempatan untuk pergi ke MRSM Beseri Perlis untuk "School Observation and teaching experiences". Aku banyak mengeluh, cuaca panasla, jauh dari bandar, internet connection teruk la sampaikan sanggup pergi ke KFC di Kangar Perlis sebab nak internet connection yang elok. Tapi, bila aku tengok sekolah dalam filem Laskar Pelangi tu, aku terus terasa aku ni manusia yang jarang bersyukur dengan kurniaan Allah. Jadi, aku perlulah bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang ni kerana banyak lagi manusia di luar sana yang kekurangan berbanding aku.


Tahniah Andrea Hirata kerana menghasilkan novel yang bagus.


Monday, June 21, 2010

Teater Kedua, He Reo Aroha

Teater kedua yang aku pergi, tajuk: He Reo Aroha. Masuk percuma sebab uni sponsor. Jadi, conform datang, benda free kn. Mula2 ingat teater tentang Maori culture tapi teater ni lebih kepada love story dan ada scene nyanyi2 lagu traditional Maori sikit. Aku rasa teater ni bagus jgk, mcm teater yg first aku tgk dulu. Pelakon: 2 org je tapi pandai pelakon 2 org ni main tukar2 watak, sekejap jadi nenek kebayan la, jadi pasangan kekasih la, jadi yang lain2 lagi. Props pun sikit sgt tp pandai dia org manipulate props tu jadi mcm2. 2 kerusi jadi meja, jadi kapal nelayan dan macam2 lg. Memang kreatif betul dia org ni.

He Reo Aroha

Written by Miria George and Jamie McCaskill, He Reo Aroha weaves the beauty of original waiata, with a compelling story of love and music. Childhood sweethearts Kaia and Pascoe were always worlds apart. Kaia had trained to sing, grooming her voice for greatness. Working the fishing boats with his father, a song was never far from Pascoe’s lips.

In the heart of Ti Kapa one warm summer’s night, their voices entwine, sealing a love that will last a lifetime. Choosing music over love, Kaia leaves for New York in search of a career that offers privilege and prestige. Broken-hearted, Pascoe is left behind in Ti Kapa to follow in his father’s footsteps. When life doesn’t bring Kaia and Pascoe all they hoped for, they soon discover it is music that will get them through and love that will bring them back together.

http://www.performingartsmarket.com.au/archive/2010/spotlight/company%3Fid=51.html

Happy birthday ayah..

Birthday ayah, 17 Jun 1953, umur ayah 57 tahun.
Moga panjang umur, dimurahkan rezeki (ayat standard) dan moga dikurniakan kebahagiaan dunia dan akhirat, Amin.

Hari tu call masa birthday ayah, ckp dgn ayah.

Aku: Ayah, happy birthday. Ayah dah tua. He he.

Ayah: Ye lah, hadiah mane??

Aku: Kejap, mmuahhh.. Dah dapat?? acik (nama panggilan aku kat rumah) hantar flying kiss dari NZ ni.. He he..

Ayah: (Ketawa ayah-gelak tanpa bunyi yg kuat..)


Nanti acik balik cuti, acik bawak hadiah ok.
Ni hadiah sementara dulu. =)