Last day of class (15/10)
Hari terakhir kelas, Jumaat (15/10) ada linguistics test. Mana soalan yang tak tahu tu, aku agak-agak jawapannya (hentam sebenarnya) walaupun kalau salah kena tolak markah. Lepas tu, aku balik rumah sebab ada inspection bilik sebab aku dah nak balik Malaysia. Masa inspection, aku terlupa nak lap microwave, jadi kena tolak markah sikit. Malam terakhir bersama housemates (rindu korang) dan tahun depan dah tak jadi housemates dah sebab akan duduk rumah lain. Takpe, tahun depan, InsyaAllah kita jumpa kat uni. Selamat menjawab exam nanti ye Dee, Iznie, Iz, Iffah dan semua. Halalkan mkn minum org dan maafkanlah salah silap org selama kita duduk serumah.
Marae visit (16/10)
Flight balik hari Ahad, tapi hari Sabtu aku kena pergi Marae (rumah-perkampungan orang Maori) dan tidur satu malam di situ untuk farewell senior-senior IPBA yang akan balik akhir tahun ni. Jadi, aku kena angkut beg 20kg+ yang nak bawak balik Malaysia ke Marae sekali sebab hari Ahad terus pergi airport. Pengalaman duduk di Marae tu menarik la jugak, dengar kisah-kisah tentang tradisi orang Maori, belajar lagu Maori, makan makanan Maori, main game “Murderer” yang aku tak pernah main, belajar “weaving” dan yang paling best, meluangkan masa dengan semua yang ada. Kita makan sama-sama, kemas dapur sama-sama, gurau sama-sama. Semua detik-detik tu aku hargai sangat. Alhamdullillah.
Airport (17/10)
Lepas makan tengah hari di Marae, kita org naik teksi ke airport. Thanks to Maria (yang uruskan banyak program student TESL) yang memanggil teksi dan menyediakan kupon teksi. Jadi, jimatla jugak duit kita org yang dah tak berapa nak ada ni sebab kena uruskan rumah untuk tahun depan sebelum kita org balik. Masa nak check-in flight ke Melbourne, ada masalah sikit dengan visa. Walaupun ke Melbourne untuk transit sebelum ke KL, kita org kena buat visa. Masalah kat visa tu sebab nama kat tiket flight tak sama dengan nama kat visa. Perkataan “binti” tu aku rasa tak ada kat visa. Tapi, alhamdullillah, pegawai kat airport tu cepat-cepat buat call untuk sahkan visa kita org. Sampai Melbourne lepas 4 jam dari Wellington, dah 5.30pm. Masa dalam flight tadi, sempat tengok 2 movies (Toys Story 3 & The Blind Side). Sampai Melbourne, kita org cepat-cepat ke surau untu solat dan kita org terjumpa pasangan suami isteri dari Malaysia yang sama flight dengan kita org. Dia org baru balik bercuti dan dah nak balik. Sempatla dia org tunjuk gambar-gambar dia org bercuti kat Aussie. Comel-comel gambar penguin dengan kangaroo kat Aussie tu. Lepas tu sebelum flight Air Asia pukul 1 pagi, sempat jugak kita org jalan-jalan sekitar airport. Masa flight berlepas, aku pun tak sedar pukul berapa sebab dah terlelap. Masa dalam flight, aku tak pre-order makanan, jadi aku beli masa dalam flight. Nasi lemak dengan rendang ayam, RM24. Jadi, pengajaran kat situ, kalau nak makan atas flight, buat pre-order, murah sikit. Tapi, nasi lemak Pak Hassan tu sedap je. Jadi, berbaloi lah jugak.
Kuala Lumpur (18/10)
Alhamdullillah sampai LCCT pukul 7.30 pagi lebih kurang. Keluar je, abang sulung aku pun dah sampai. Terus balik rumah. Sorry, Fareen. Tak sempat nak teman tunggu bas sama-sama. Masa on the way balik, jalan agk jam, jadi singgah KFC kejap. Jadi, lepas jugak rindu nak makan KFC. Dah seminggu duduk rumah, makan, makan dan makan. Malaysia ni memang syurga makanan. Macam-macam makanan ada. Murah rezeki dengan makanan. Dulu kat Welly, setiap hari kita org masak. Lepas tu, nak pergi uni, kena panjat bukit. Pergi keje pun, jalan kaki sikit. Jadi, makan tu biasa-biasa je. Selalu menu sama. Tapi, housemates aku sume pandai masak. Takdela rasa rindu sangat makanan kat rumah. Selalu duduk rumah je cuti ni. Mungkin aku keje temporary, bolehla tolong perbelanjaan keluarga. Lgpun, ayah sakit. Duduk rumah je. Sekarang tengah tunggu keputusan HR bank yang aku apply nak jadi temporary clerk. Ada rezeki, insyaAllah, dapat kerja tu. Jadi, ni mungkin entri terakhir tahun ni sebab aku memang on9 kat cc. Kat rumah on9 kat hp adik je. Jadi, sekarang nak habiskan masa duduk di rumah betul-betul. Kalau aku on9 pun, aku akan blogwalking cepat-cepat sebab limit aku kat cc ni sejam jer. Jadi, blogku, sorry yer. Tak boleh bukak selalu. Kita jumpe lagi tahun depan.
*All the best untuk students kat Welly yang akan ambil exam nanti. Selamat pulang untuk cuti summer ni. Jalan elok-elok.
*Satu lagi, Iznie, kalau dah abis exam tu bolehla masak sedap-sedap kat Dee. He he..

Assalamualaikum wbt,
ReplyDeleteCantik gmbar teksi tu. :D
Waalaikumslm w.b.t
ReplyDeleteKak Mimi, gambar tu att yg amek time kite org nk gi airport.. :)