Saturday, April 30, 2011

Own reflection-menjadi manusia

Mendengar daripada seseorang tentang perbezaan manusia dengan haiwan.

Melihat kembali diri ini, tertanya-tanya adakah setiap hari aku hidup hanya untuk diri sendiri? Melihat pada perbuatan, majoriti masa sehari-hari memang peruntukkan untuk diri sendiri.

Hidup hanya untuk diri sendiri? Apa beza kita dengan haiwan jika hanya hidup untuk diri sendiri?

Bila seseorang itu hidup, bermanfaat untuk org lain, dia mula menjadi manusia.

Al-'Asr
1.Demi masa.
2.Sesungguhnya manusia dalam kerugian.
3.Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.

Sunday, April 17, 2011

Earthquake at NZ

Salam, rasanya tak terlambat lagi nak ceritakan tentang gempa bumi yang melanda NZ tempoh hari. First time merasa kejadian gempa bumi di bumi Wellington ni. 22 Febuari 2011 gempa bumi yang besar di Christchurch. Aku baru menjejakkan kaki di Wellington dari Malaysia 21 Febuari 2011. Beberapa hari lepas tu, ada aftershock (gempa susulan) di Welly. Tahun 2010 juga berlaku gempa bumi di NZ tapi aku tak rasa sebab aku sedang tidur dengan lenanya.

Masa gempa di Welly tu, aku ingat lagi, aku dan housemate semua sedang makan malam bersama. Tiba-tiba ada gegaran kuat selama beberapa saat. Pintu rumah memang bergegar kuat, ingatkan ada orang yg tgh ketuk pintu, tak tau pun yg tu adalah gempa bumi. Bila tgk TV, baru sedar gempa bumi baru melanda bandar Wellington. Alhamdullillah, kami selamat. Bila pertama kali rasa gempa tu, kami satu rumah rasa takut nak tidur dlm bilik. Jadi kami serumah 4 org tidur di ruang tamu. Aku tak pamerkan sangat rasa takut sebab taknak housemate semua resah. Tapi, dalam hati, Allah je yang tahu.

Malam tu, memang rasa takut dan aku dan housemate yang lain baca apa yang patut. Waktu tu rasa kebergantungan kepada Allah tu sangat kuat. Bila susah, baru nak cari Allah. Reflek diri sendiri. Masa ni baru nk doa betul-betul. Masa ni la fikir macam-macam. Masa ni jugak fikir cukup ke bekalan aku untuk dunia akhirat nanti. Perasaan tu tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata. Perasaan menghampiri kematian, walaupun kematian tu bila-bila boleh jadi.

Alhamdullillah aku masih bernafas lagi hari ni. Peluang untuk aku perbaiki diri masih ada. Malaysian Hall pun adakan solat hajat dan slot persediaan mengahadapi bencana. So, tahu jugak apa yang perlu dilakukan jika gempa bumi berlaku lagi. Dan tak lupa doa mohon perlindungan Allah dari AQ, surah Al-Baqarah ayat 284-286.

Dari Abu Mas'ud Al-Anshari r.a, katanya Rasulullah saw bersabda:"
Siapa yang membaca kedua ayat itu, yakni dari akhir surah Al-Baqarah, niscaya keduanya akan memeliharanya dari bencana."(Riwayat Hadis Imam Muslim)

Read more: http://www.resepirahsiaku.com/2011/03/surah-al-baqarah-ayat-284-286.html#ixzz1JlGvLvow

16 April 2011, gempa bumi berskala 5.3 berlaku lagi di Christchurch dan gempa bumi yang lebih kurang sama skalanya berlaku di 4 buah negara iaitu Taiwan, Jepun, NZ dan Australia. Makin kerap gempa bumi berlaku sekarang ni. Jadi, aku perlulah bersedia. InsyaAllah, semua selamat. :)


Nota tambahan: Sekarang cuti easter, sibuk ke sana sini mengisi hati. InsyaAllah, Allah permudahkan. :)




Salah satu bangunan yang mengalami kerosakan selepas
gempa bumi di Christchurch 2011

Monday, April 11, 2011

Keseimbangan itu

Yang akhirat terlebih akhiratnya.
Yang dunia terlebih dunianya.
Sedangkan Islam, mengajar kita akan tawazun (keseimbangan) dalam kedua-duanya. Maka jadilah ummat Islam itu, satu ummat yang bukan bodoh, yang apabila ditekan-tekan jahiliyyah, lalu redha dan hanya tahu menyatakan: "Nanti di akhirat, Allah akan balas kamu" (from page hilal ...asyraf) -quote from FB friend, Munal
Berkali-kali mengingatkan diri bahawa dunia itu sangatlah sedikit nilainya berbanding akhirat yang kekal abadi. Tetapi aku manusia yang seringkali terlupa dan seringkali melebih-lebihkan dunia. Contohnya, seperti masa yang aku peruntukkan untuk membuat tugasan-tugasan universiti sangatlah banyak berbanding tugasan aku untuk akhirat nanti.

Yang dunia terlebih dunianya.
Usaha perbaiki diri lagi. Iltizam itu penting. :)