Masa gempa di Welly tu, aku ingat lagi, aku dan housemate semua sedang makan malam bersama. Tiba-tiba ada gegaran kuat selama beberapa saat. Pintu rumah memang bergegar kuat, ingatkan ada orang yg tgh ketuk pintu, tak tau pun yg tu adalah gempa bumi. Bila tgk TV, baru sedar gempa bumi baru melanda bandar Wellington. Alhamdullillah, kami selamat. Bila pertama kali rasa gempa tu, kami satu rumah rasa takut nak tidur dlm bilik. Jadi kami serumah 4 org tidur di ruang tamu. Aku tak pamerkan sangat rasa takut sebab taknak housemate semua resah. Tapi, dalam hati, Allah je yang tahu.
Malam tu, memang rasa takut dan aku dan housemate yang lain baca apa yang patut. Waktu tu rasa kebergantungan kepada Allah tu sangat kuat. Bila susah, baru nak cari Allah. Reflek diri sendiri. Masa ni baru nk doa betul-betul. Masa ni la fikir macam-macam. Masa ni jugak fikir cukup ke bekalan aku untuk dunia akhirat nanti. Perasaan tu tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata. Perasaan menghampiri kematian, walaupun kematian tu bila-bila boleh jadi.
Alhamdullillah aku masih bernafas lagi hari ni. Peluang untuk aku perbaiki diri masih ada. Malaysian Hall pun adakan solat hajat dan slot persediaan mengahadapi bencana. So, tahu jugak apa yang perlu dilakukan jika gempa bumi berlaku lagi. Dan tak lupa doa mohon perlindungan Allah dari AQ, surah Al-Baqarah ayat 284-286.
Dari Abu Mas'ud Al-Anshari r.a, katanya Rasulullah saw bersabda:"
Siapa yang membaca kedua ayat itu, yakni dari akhir surah Al-Baqarah, niscaya keduanya akan memeliharanya dari bencana."(Riwayat Hadis Imam Muslim)Salah satu bangunan yang mengalami kerosakan selepas
gempa bumi di Christchurch 2011
gempa~
ReplyDeletegempa menakutkan
ReplyDelete