Friday, July 22, 2011
Kisah (ketinggalan) bas
Bas itu
Pada satu pagi yang sejuk, pada musim sejuk, angin selatan aka southerlies (angin dari kutub selatan agaknya) bertiup, kadang-kadang kencang. Aku dan temanku menunggu bas selepas penat bekerja. Ingin mengejar waktu untuk ke uni kerana temanku kuliah, aku tutorial.
Dan ditetapkan Allah kami ketinggalan menaiki bas. Perasaan: sedih, tak terkata. tak tau nak cakap apa. Dlm hati ckp, Allah nak ajar something ni. Kelas akan bermula juga, tanpa ada aku.
Kami menunggu bas seterusnya, 30 minit. Beku. Tapi tidak terasa kerana kami berkongsi cerita. Kisah-kisah sahabat Rasulullah saw menjadi teman.
Bas tiba, naik dan duduk dalam bas, temanku menegur.
Teman: Kau dah muhasabah tak kenapa kau hampir tertinggal bas pagi tadi? (sebelum pergi kerja pun aku hampir ketinggalan bas)
Aku: x pulak
Teman: Aku rasa kan Allah nak ajar kita, tak perlu sedih kot dgn benda2 kecik mcm ni. Sekadar tinggal bas, banyak lagi perkara yg perlu kita tangiskan.
Aku: (Dlm hati: T__T) If ko x ada td, aku dah lama nangis dah. Serius. Hu hu.
Tamat~
47:31; Dan sesungguhnya, Kami benar-benar akn menguji kamu sehingga Kami mengetahui org yg benar-benar berjihad dan org yg bersabar di antara kamu; dan akan Kami uji perihal kamu.
Kuat insyaAllah. ;-)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hidup memang tak lengkap tanpa ujian kan.. DIA nak menguji kita.. Nak tengok sejauh mana sabarnya kita.. Semoga sentiasa dalam kesabaran.. peringatan untuk diri sendiri jugak ni.. ^^,
ReplyDeleteJzkk for the reminder. Allah uji apa yg kita perlu sbb Dia nak tinggikan darjat kita, Dia syg kita. ;)
ReplyDeletep.s: dah lama x update, baru perasan comment ni
Allah.. terasa dengan diri sendiri. selalu sedih dengan benda yg tak sepatutnya.. T_T
ReplyDelete