Sunday, July 4, 2010

Laskar Pelangi by Andrea Hirata



Novel Laskar Pelangi ni aku pinjam dari PTSL (Perpustakaan Tun Seri Lanang) masa semester 1 di UKM. Masa tu saje2 jalan di PTSL sebab nak cari novel nak baca, tetiba jumpa novel ni di Koleksi Asia Tenggara (KAT) PTSL. Terus pinjam sebab memang teringin nak baca. Memang sangat beruntung sebab novel2 yang aku ambil nak pinjam dari KAT PTSL tu semua tak boleh pinjam, novel ni je yang dapat. Terus baca dan karya dia memang sangat menarik sebab cerita dia memang daripada pengalaman penulis tu sendiri. Cerita tentang anak2 miskin di Belitong yang belajar di sekolah yang sangat kekurangan bahan dan guru. Ibu Muslimah sebagai seorang guru yang sangat berdedikasi, mengajar anak2 ni semua tanpa rasa penat atau jemu kerana semua orang tidak kira kaya atau miskin berhak mendapatkan pendidikan. Aku sangat terpegun melihat semangat yang ada pada guru ni. Tanpa bahan mengajar yang cukup, sekolah yang dhaif, dan pelbagai lagi rintangan, tapi semua tu tak melemahkan semangat dia untuk berbakti.

Aku baru je tengok movie Laskar Pelangi ni tadi. Teringat balik chapter2 yang ada dalam novel tu. Kata2 Ibu Muslimah dalam filem Laskar Pelangi yang agak menyentuh aku:

"Mimpi saya bukanlah untuk menjadi isteri saudagar kaya, tapi untuk menjadi seorang guru."

Dia sanggup menolak lamaran saudagar kaya kerana tidak ingin meninggalkan anak2 di sekolah tempat dia mengajar. Dia juga sanggup menolak tawaran mengajar di sekolah yang menjanjikan gaji yang tinggi. Kuat sungguh hati seorang guru ni, harap2 aku dapat jadi seorang guru yang berdedikasi terhadap tugas satu hari nanti. Amin.


Sekolah dalam filem Laskar Pelangi


Kata2 daripada Pak Harfan; " Hidup ini kena banyak2 memberi, bukannya banyak2 menerima."

Jadi, aku ni perlulah menanam semangat untuk memberi kepada golongan yang memerlukan, dan dalam konteks aku, bakal seorang guru, perlu menyampaikan ilmu yang bermanfaat kepada pelajar2 di MRSM nanti. Bak kata pepatah, "tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima." Aku perlu bersyukur dengan semua yang ada dan tidak boleh mengeluh dengan dugaan2 yang akan datang. Dulu sebelum aku menjejakkan kaki di bumi NZ ni, aku berkesempatan untuk pergi ke MRSM Beseri Perlis untuk "School Observation and teaching experiences". Aku banyak mengeluh, cuaca panasla, jauh dari bandar, internet connection teruk la sampaikan sanggup pergi ke KFC di Kangar Perlis sebab nak internet connection yang elok. Tapi, bila aku tengok sekolah dalam filem Laskar Pelangi tu, aku terus terasa aku ni manusia yang jarang bersyukur dengan kurniaan Allah. Jadi, aku perlulah bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang ni kerana banyak lagi manusia di luar sana yang kekurangan berbanding aku.


Tahniah Andrea Hirata kerana menghasilkan novel yang bagus.


No comments:

Post a Comment