Sunday, July 18, 2010

Rezeki tanpa disangka-sangka.

Dulu masa kecik-kecik, selalu berangan nak belajar kat luar negeri. Selalu jugak baca surat khabar part salam perantauan tu. Rasa bersemangat nak belajar sebab nak dapat result yang best, nak further study overseas. Tapi, aku bukanlah seorang pelajar yang selalu dapat result gempak.

UPSR dapat 5A, PMR 6A, SPM 4A. Lepas SPM, alhamdullillah dapat tawaran masuk matriks walaupun 2 tahun. Masa study di matriks Johor (KMJ), aku pun study la elok-elok, sebab masa SPM, aku tak usaha betul-betul sebab selalu study last minute. So, tak elok study saat-saat akhir ni. Memang tak sempat nak habiskan silibus sekolah terutama subjek Sejarah.

Masuk KMJ, final exam aku dapat pointer 3.58. Dan alhamdullillah, dapat tawaran masuk UKM untuk ambil Pendidikan Kimia untuk jadi guru Kimia lepas grad nanti. Mula-mula masuk UKM, memang pengalaman berharga, lagi-lagi aku masuk PALAPES. Penat memang penat, dengan latihan, study semua. So, memang berharga pengalaman belajar kat UKM tu.

Aku rasa sangat selesa belajar kat sana, lagipun dekat dengan rumah. Memang selalu balik.. :D
Tak lama lepas tu, dalam pertengahan sem, aku dapat panggilan MARA untuk interview sambung study luar negara wat TESL. Aku ingat lagi, masa pegawai MARA call, aku tengah tidur lepas balik kelas. Mamai-mamai aku jawab dan pegawai MARA tu pun pelik jugak sebab aku macam tak excited masa dia bg tau tentang tawaran tu.

Aku memang tak apply apa-apa tawaran drpd MARA seingat aku masa matriks dulu. Rupa-rupanya, aku dapat tau dia ambil list nama student-student yang tak dapat tawaran untuk jadi pensyarah matriks dulu untuk interview untuk Program Tindikan Luar Negara ni. Aku hampir menolak sebab dah rasa sangat selesa belajar kat UKM tapi atas nasihat mak yang cakap, just try je interview dulu. Lagipun peluang ni sangat la berharga.

Masa interview jugak, pegawai tu ada tanya aku nak ambil subjek sains or tesl. Walaupun aku ambil Kimia masa study kat UKM, aku cakap aku lebih prefer English. Pegawai tu pun agak pelik dengan jawapan aku. Dia siap tanya lagi sekali dan dia cakap dia memang boleh tukar ke program Sains. Tapi jawapan aku tetap sama. Aku pilih TESL. Ada sebabnya. Rahsia.. He he.

Dan tak lama lepas tu, alhamdullillah aku dapat offer tu. Rezeki yang tak disangka-sangka. Dengan result SPM aku dulu, aku memang agak sukar nak percaya aku dapat offer study kat Wellington, NZ ni. Bersyukur sangat-sangat kpd Allah SWT sebab masih bagi peluang untuk aku further studies kat negara orang although I'm not a straight A's student

So, now, I should work hard and smart to fulfill my responsibility to Allah SWT and my responsibility to study. InsyaAllah, I will make the most out of my study here and achieve something not just academically but also spiritually. Ameen.

"Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya dia akan mengadakannya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."
(Surah At-talaq: ayat 2-3)

Masa ski trip Vic Muslim (Kelab pelajar-pelajar Muslim uni) cuti semester 1



7 comments:

  1. study hard and be a better person!

    ReplyDelete
  2. Salam, saudari Adnin.

    Pertama sekali, terima kasih kerana follow blog saya. Kamu pelajar baru MARA (junior Sarah, Eny) yang baru sampai Welly tahun ni eh? Tahniah saya ucapkan.

    Membaca entri terbaru saudari mengingatkan saya kepada pengalaman saya sendiri diterima sebagai pelajar TESL KPM. Saya juga habiskan setahun di matrikulasi (KPMk) dan kemudiannya baru diterima ke program TESL KPM selepas menghantar semula application. Jika diikutkan, saya sebenarnya telah terlepas hari temuduga tetapi Maha Suci Allah yang telah merancang masa hadapan yang lebih baik untuk saya, saya dibenarkan untuk menyertai temuduga yang sudah terlewat satu hari dan alhamdulillah, saya diterima masuk ke program TESL berkembar dengan VUW. Dan sekarang, saya sudah berada pada fasa akhir dan hanya menanti untuk posting pada tahun hadapan.

    Sungguh, rezeki dari Allah itu bisa datang dari sumber-sumber yang tak disangka-sangka. Bahkan, Allah itu sebaik-baik Perancang. Jika bukan kerana perancanganNya, mana bisa saya tau yang hati dan jiwa saya terletak pada teaching profession?

    Saya doakan yang terbaik untuk saudari Adnin sepanjang tempoh menuntut ilmu di sana dan sekembalinya ke tanahair nanti. Semoga bisa menjadi seorang guru bahasa Inggeris yang inspiring and able to make a difference in your students' life. :')

    ReplyDelete
  3. frwls: thanks for the advise. :)
    should work harder to be a better person..

    saudara hafiz: yup, saya junior baru batch ke3.
    dan saya yakin, Allah SWT adalah
    sebaik-baik perancang. Thanks for
    the comment, doa and wishes.
    All the best to u too.

    ReplyDelete
  4. weh adnin... tersentap bc post ni... ko mmg dah bnyk berubah...

    ReplyDelete
  5. alolo, xde byk pun.
    sikit2, lama2 jd bukit.. :)

    ReplyDelete
  6. Assalam, hebat entri kak Adnin..Hihi.. berjaya sampai ke hati kita ni.
    Allah penentu segala-galanya. Straight A pun belum tentu masa depan cerah ;)

    ReplyDelete
  7. Nice pengalaman kak adnin! memang best ,,, sangat inspiring,,, dan boleh dibuat rujukan ni! eheh

    ReplyDelete