Saturday, September 18, 2010

Musim bunga..









Musim sejuk dah berlalu, musim bunga pula menjelma. :)
Housemate2 sume pegi sakura festival di palmy (dlm 1 jam lebih perjalanan), aku x dpt nk ikut sbb demam selsema, kalau ikut, nanti membiak lagi virus2 ni kat org lain. So, duduk umah, mkn ubat, tido. Tapi, teringin jgk nk jln2. So, aku bercadang la nk pergi botanical garden sbb tu yg paling dekat dengan rumah (dlm 15 min jln kaki). Seperti biasa, menjadi lone ranger, sbb yg lain2 pun ada hal masing2.

Masa pertengahan jln, nk ambil gambar, tgk2 tertinggal memory card dekat umah, so pakai kamera phone cap aym utk ambil gambar, so krg berkualiti sikit gambar2 ni. Bunga tulip mcm2 warna ada, tp rasanya byk lg yg belum kembang. Anyway, memang cantik bunga2 ni sume. Mcm2 warna ada. Subhanallah. :)









Nama pun lone ranger, so ambil gambar kasut pun jadilah. :)


Purple tulip

Parlimen NZ, masa on the way blk

Tuesday, September 14, 2010

Salam aidilfitri..

First time sambut raya di perantauan, tapi alhamdullillah, walaupun sambutan tak semeriah Malaysia, tapi, student2 sini ada buat open house semua. Walaupun Raya hari Jumaat, dan memang ada kelas hari Jumaat, tapi sempat solat sunat aidilfitri di High Commssion. Lepas solat, ade makan2, dan makanan yang disediakan semua sedap2, ada rendang, kuih-muih, kuah kacang. Kira terubat rindu nak makan masakan mak kat umah. :)

Raya hari Jumaat, housemate sume pun ade kelas, so, kat rumah, memang x msk. Tapi, open house student2 dah start, so memang murah rezeki dengan makanan raya ni. Thanks utk sume yg bersusah2 masak dan menjamu kami sume. Second day, umah kita org pulak buat open house, ramai jugak student2 yang dtg. Ingat x cukup makanan yg kami msk, tp last2, lebih dari cukup rupenya. So, ok la, layan2 tetamu yang dtg, smpai mlm. Sepatutnya, esk ade open house kat umah duta Malaysia di NZ ni, tp kena keje. So, xdpt pergi. Tapi, aku ok je, lgpun, maybe sbb dah biase kot keje time raya. Since, form 3, aku dah start keje time raya dulu2. So, x ralat sgt. Lgpun, arwah nenek datuk dua2 belah, dah xde (Al-fatihah). So, jarang blk kampung. Mak ayh dulu2 yg blk ziarah kubur sume. This year, mak x blk kg, sbb jg ayah kat hospital. So, raya kat hospital thn ni. Sedih memang sedih, tapi ade hikmahnya kn sume ni. So, kena kuat, sabar, dan selalu doakan utk family sume.

Cepat je Ramadan pergi meninggalkan kita. Rasa mcm x gunakan masa sehabisnya masa Ramadan. Still banyak kekurangan diri ni. InsyaAllah, harap berpeluang bertemu lagi Ramadan akan dtg.



Open house student2 kat Gilmer, siap ada lampu lip lap ketupat lg.

Wednesday, September 8, 2010

Masih lagi

Masih lagi memilih untuk berteduh di bawah pokok daripada taman-taman syurga yang kekal abadi.
Hmmmmmm....

Tuesday, August 17, 2010

Ujian

Jalan menuju Allah itu penuh liku dan penuh cabaran. Allah sendiri telah menyatakan dengan jelas,
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: "Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?"

(Ankabut: 2)

Wednesday, August 4, 2010

Happy birthday my dear sister, Yasmin..


Happy birthday my dearest sis,
Yasmin, the jasmine flower.

Happy birthday Yasmin dear,
I hope your day is full of cheer,
I pray that you will grow in Allah's love and grace,
and always keep your smile on your face,
Remember that Allah is always near,
So, there is never anything to fear,
So, once again Happy Birthday,
I hope you have a wonderful day, everyday.. ;)

P.S: Poem from google and edited by me..

Sunday, July 18, 2010

Rezeki tanpa disangka-sangka.

Dulu masa kecik-kecik, selalu berangan nak belajar kat luar negeri. Selalu jugak baca surat khabar part salam perantauan tu. Rasa bersemangat nak belajar sebab nak dapat result yang best, nak further study overseas. Tapi, aku bukanlah seorang pelajar yang selalu dapat result gempak.

UPSR dapat 5A, PMR 6A, SPM 4A. Lepas SPM, alhamdullillah dapat tawaran masuk matriks walaupun 2 tahun. Masa study di matriks Johor (KMJ), aku pun study la elok-elok, sebab masa SPM, aku tak usaha betul-betul sebab selalu study last minute. So, tak elok study saat-saat akhir ni. Memang tak sempat nak habiskan silibus sekolah terutama subjek Sejarah.

Masuk KMJ, final exam aku dapat pointer 3.58. Dan alhamdullillah, dapat tawaran masuk UKM untuk ambil Pendidikan Kimia untuk jadi guru Kimia lepas grad nanti. Mula-mula masuk UKM, memang pengalaman berharga, lagi-lagi aku masuk PALAPES. Penat memang penat, dengan latihan, study semua. So, memang berharga pengalaman belajar kat UKM tu.

Aku rasa sangat selesa belajar kat sana, lagipun dekat dengan rumah. Memang selalu balik.. :D
Tak lama lepas tu, dalam pertengahan sem, aku dapat panggilan MARA untuk interview sambung study luar negara wat TESL. Aku ingat lagi, masa pegawai MARA call, aku tengah tidur lepas balik kelas. Mamai-mamai aku jawab dan pegawai MARA tu pun pelik jugak sebab aku macam tak excited masa dia bg tau tentang tawaran tu.

Aku memang tak apply apa-apa tawaran drpd MARA seingat aku masa matriks dulu. Rupa-rupanya, aku dapat tau dia ambil list nama student-student yang tak dapat tawaran untuk jadi pensyarah matriks dulu untuk interview untuk Program Tindikan Luar Negara ni. Aku hampir menolak sebab dah rasa sangat selesa belajar kat UKM tapi atas nasihat mak yang cakap, just try je interview dulu. Lagipun peluang ni sangat la berharga.

Masa interview jugak, pegawai tu ada tanya aku nak ambil subjek sains or tesl. Walaupun aku ambil Kimia masa study kat UKM, aku cakap aku lebih prefer English. Pegawai tu pun agak pelik dengan jawapan aku. Dia siap tanya lagi sekali dan dia cakap dia memang boleh tukar ke program Sains. Tapi jawapan aku tetap sama. Aku pilih TESL. Ada sebabnya. Rahsia.. He he.

Dan tak lama lepas tu, alhamdullillah aku dapat offer tu. Rezeki yang tak disangka-sangka. Dengan result SPM aku dulu, aku memang agak sukar nak percaya aku dapat offer study kat Wellington, NZ ni. Bersyukur sangat-sangat kpd Allah SWT sebab masih bagi peluang untuk aku further studies kat negara orang although I'm not a straight A's student

So, now, I should work hard and smart to fulfill my responsibility to Allah SWT and my responsibility to study. InsyaAllah, I will make the most out of my study here and achieve something not just academically but also spiritually. Ameen.

"Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya dia akan mengadakannya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."
(Surah At-talaq: ayat 2-3)

Masa ski trip Vic Muslim (Kelab pelajar-pelajar Muslim uni) cuti semester 1



Monday, July 12, 2010

Happy birthday mak...

You know I love you.
Miss u much, may Allah bless you always.
Will love you till the end, insyaAllah.

Thanks for being a great mom, sorry for everything bad I've done.




P.S: I love you. I love you. I love you.